Wednesday, December 31, 2008

New Year's Eve~

Tahun baru 2009 dah semakin hampir..ape plan dan azam korang utk hari2 berikutnye? Aku dah malas nak wat azam baru sebab bagi aku tak semestinya mesti tunggu masuk tahun baru then baru nak berazam..for me, berazam tu bila2 masa je tapi yang paling penting sekali USAHA..itu yang menjadikan azam tu menjadi atau tak.

Neway, walau ape pun aku ucapkan selamat tahun baru 2009 pada semua. Semoga tahun baru ni dapat memberi nafas baru dan hadapi masa2 depan yang lebih mencabar.

Tinggal beberapa jam je lagi masuk tahun baru..jadi kita countdown sama2 k ;)

Wednesday, December 31, 2008

UiTM Shah Alam..

Just came back from UiTM Shah Alam..ade hal sket. Berkaitan dgn adik yg mintak transfer kampus dr UiTM Kedah ke UiTM Perak. Tempat berurusan kat Bangunan Canselori..agak2 kat sini opis vice-chancellor UiTM kot huhu.

Monumen di dpn bangunan



Bangunan Canselori ni kat atas bukit..same with other UiTM Shah Alam buildings..you guys sure tau yang UiTM Shah Alam ni berbukit-bukit..so boleh nampak view Shah Alam..even boleh nampak KLCC and KL Tower tapi takde dalam gambar kat atas sebab kecik sangat ;)



~Out For Now~

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah~

Jika doa mu dimakbulkan,
tanda Allah meyayangimu.

Jika doa mu lambat dimakbulkan,
tanda Allah ingin menguji mu.

Jika doa mu tak dimakbulkan,
tanda Allah merancang yang terbaik untukmu.

Salam Maal Hijrah 1430H.

Sunday, December 28, 2008

Assignment + Vacation~

Location : StarCity Hotel, Alor Star, Kedah.



Finally
~!! Siap jugak assignment last aku ni..woohooo. Memula aku ingatkan assignment ni tak berapa susah sangat tapi rupa2 nye susah jugak. All because of the case study yang aku kena pahamkan dan tanya soalan2 yang nakkan opinion. Tak boleh main taram je takut salah. Memang makan masa nak wat assignment tu lebih2 lagi aku on vacation mode sekarang :P.
Mengikut plan asal, aku dan famili nak hantar balik adik bongsu aku ke UiTM Kedah sebab dah nak naik sem baru..alang2 tu boleh pegi holiday skali. Destinasi pilihan adelah Penang dan Langkawi. Ermm...takpe la. Citer pasal holiday ni boleh wat kemudian..next entry :).


Nasib baik hotel2 yang ktorang menginap ni ade internet access. Internet sekarang penting untuk aku siapkan assignment tu sebab kene banyak wat research. Ade hotel yang kenekan caj..ade yang tak, macam sekarang ni. Yang tak kene caj ni 1 je problem, connection yang sedikit slow and kekadang dc..tapi takleh nak komplen la kan sbb free.

My temporary workspace


Semenjak khamis, aku terpakse berjaga malam sampaikan tak tido seharian semata-mata nak siapkan assignment ni. Tensen jugak time tu sebab terdengar bebudak menjerit bergembira kat tepi swimming pool and tepi pantai sedangkan aku terpaksa mengadap laptop seharian huhu. Boleh siap cepat sebenarnye tapi banyak masa aku habiskan dalam keta travelling. Sekarang masa untuk aku dapatkan masa tido aku yang dah beberapa jam tertunggak dan enjoy selagi aku blom balik ke hometown.


Dah pukul 6.30am ni..masa untuk rest. Sign out dulu k..ZzZzZzZz.

Tuesday, December 23, 2008

The Ship@Bkt Bintang~

Sabtu lepas merupekan besday ayah aku yg ke-55 tahun. Sempena dengan tu, my family dah wat keputusan nak gi makan-makan kat sebuah restoran western kat Bukit Bintang. Nama restoran tu The Ship. Restoran ni mengikut kata ayah aku dah lama..semenjak dia menuntut kat ITM dulu. Ade la dalam 30 tahun lepas kot. First impression dengan restoran ni, sign board nmpk macam dah lama. Tak pernah tukar semenjak 30 tahun yg lepas kot huhu.


Entrance dah ok tapi signboard cam tak penah basuh je huhu.


Kat Bukit Bintang ni memang dah semangat krismas abes..waiter2 dengan waitress2 dah pakai topi krismas. Masuk je dalam restoran ni memang dah ramai dengan org. Pelik jugak sebab tak wat booking pun dapat gak table. Nasib baik la kot. :).

Ingat nak amik gambar dalam restoran tu tapi gambar tak berapa terang lak. Maklum la pakai cameraphone. Blurr blurr gitu. Tapi ade gak la shot2 yang agak clear.


The Ship .. The Best Steak In Town

Tagline "The Best Steak In Town" tu aku rase agak betul kot sebab steak dia memang lembut je (Macam masak tak well done pun ade gak)..macam biase la kalo aku makan steak mesti order black pepper. Macam takde yang lain je. Walaupun steak dia tak berapa tebal macam kat Chili's Grill & Bar tapi memang kenyang..nak abeskan pun memang kena paksa perut suh terima daging2 tu huhu.


Sos black pepper yang paling black yang aku penah nampak..tak tau la camner diorang wat.



Shapinas (kiri) n adik bongsu, Lina. Haih tak penah lepas henset la budak ni.



Ayah tengah menikmati steaknye..jaga2 darah tinggi tu :P


Selesai je makan..kitorang pun beransur balik..naik 2 keta. Parents aku park kat LowYat Plaza n aku plak park kat Pavillion. Time on da way balik ke carpark memang sesak dengan org berbagai2 bangsa. Maklum la malam minggu..


Adiks..dr kiri. Lina, Yati n kawan adik, Shapinas.



Setibenye di Pavillion aku ternampak 2 hiasan krismas kat depan main entrance.


Rusa2 santa claus dengan laptop2 yg di sponsor oleh Dell.



Tallest christmas tree that i've ever seen..!!



Neway, memang we' all have a good time that nite. To my dad, happy birthday..semoga panjang umur dan murah rezeki~.

Thursday, December 18, 2008

Assignment.!!!~

Aku masih lagi di bebani dengan assignment-assignment yang perlu di hantar minggu depan. Tinggal dua lagi assignment yang masih tak siap lagi dan masih lagi dalam proses (padahal tak jalan lagi wat masa ni huhu).

Assignment-assignment yg dah submit dan perlu di submit:

1)Ethics and Professional Conduct
i)Report (due date 19 Disember)

tapi assignment ni paling best coz aku hanya hantar nama dengan ID je. Ni la kelebihan group leader yg terlebih rajin :)

Production & Operations Management
i)Report (Due date 17 Disember)
ii)Interview video (Due date 23 Disember)

Software Project Management
i)Report (Due date 26 Disember)

Assignment Production & Operations Management tu aku terpaksa mengedit video utk 10 minit dan report pun aku kena wat memandangkan ahli group yg lain terpaksa siapkan report FYP. Dalam semester ni, aku rasa assignment ni yg paling beban tapi harap2 dapat setelkan video tu dlm masa terdekat.

Aku jadi group leader utk assignment Software Project Management tu tapi assignment dia bg aku tak berapa susah sgt..tugas pun dah bagi pada ahli group aku tapi aku tak tau la diorang wat ke tak.

Kepada sesiapa yg tengah wat assignment tu..bersabar la k dan teruskan usaha anda :)

Sunday, December 14, 2008

Eye On Malaysia~

2 minggu lepas, secara detailnye (4 Disember 2008)..Aku, Azreena dan kawannye dari KL, Hajar pergi bersiar-siar kat area Melaka. Jadi aku dan Azreena pun secara tak langsung jadi tour guide tak berlesen membawa Hajar berjalan-jalan di tempat-tempat tourist selalu pergi. Antara tempat yg kitorang lawat, Dataran Pahlawan (Tempat2 nak shopping), Restoran asam pedas kat Bukit Cina (Aku tak penah pun datang sini, Azreena yang merecommend. Tapi masakan dia memang puas ati. Laen kali bleh datang lg.), Rivercruise @ Sg. Melaka (Ni dah kali ke-3 aku naik tp aku tak pernah naik time malam..sebelum ni datang petang je.)

Jalan punye jalan dah pun pukul 11 malam..risau jugak takut Hajar tak dapat masuk hostel sebab tau2 la kan pukul 12 tgh malam, pak guard MMU akan mintak semua orang yg nak masuk ke kampus catitkan nama and ID dlm buku log. Tu takpe lagi..cuba la kalau tetiba pak guard tu rajin nak tengok ID card..memang tak pepasal je.

Fikir2 lagi time tu, tapi kitorang ingat sempat lagi kot nak singgah Eye On Malaysia kat muara Sg. Melaka. Dah lama aku nak pergi kat sana..sebelum ni just lalu je or tengok dari jauh. Aku teringat kata member aku yg cakap Eye on Malaysia tu tutup pukul 10pm tapi tengok ferris wheel tu masih lagi beroperasi dan tiket masih lagi di jual. Lewat jugak Eye on Malaysia ni tutup sebab masa Eye on Malaysia ni kat Tmn Tasik Titiwangsa, KL dulu pukul 10 mlm dah gelap.

Landscape di lokasi Eye on Malaysia tu memang cantik especially pada waktu malam. Memang dah pasang niat nak naik tapi tak sure bila and kalau nak naik mesti time siang..rasa2 nye malam tak nampak pemandangan sekeliling.


Sunday, December 14, 2008

kebizian~

Alhamdulillah..akhirnya aku dah harungi cabaran pertama iaitu midterm yg secara rasminya berakhir pada Jumaat lepas (12 Disember 2008). Sekarang aku perlu hadapi cabaran kedua which is assignment yg perlu di hantar seawal minggu dpn dan juga cabaran terakhir final exam pada akhir trimester nanti.

Now aku bebetul harap dapat siapkan assignment yg ade secepat mungkin..iskkk.



Sekian.

Friday, November 21, 2008

ASIMO@OU

15 November 2008

Aku kembali ke KL selepas seminggu di Melaka. Hari Sabtu, aku keluar dengan seorang kawan lama, kawan time sekolah dulu masa form 4-5. Aku baru je pertama kali jumpa dia balik sehari sebelum (14 November 2008) after nak dekat 6 tahun tak jumpa. Fuhh punye la lama kan. Tapi dia tetap macam dulu takde perubahan pun. Kebetulan pulak hari ni kitorang nak keluar lepak2 tapi tak tau nak pergi mana. Akhirnye kami pun buat keputusan ke One Utama.

Kebetulan pulak di One Utama, ade 1 show mengenai robot called ASIMO (Advance Step in Innovative MObility) ciptaan HONDA. Dari ape yang aku dengar, ni kali ke-3 robot ni dah buat pertunjukan di Malaysia. Agak teruja jugak la aku sebab selama ni aku cuma dapat tau pasal robot ni kat TV dan internet. Akhirnya dapat jugak tengok robot ni secara live.









Short video of ASIMO


Keseluruhannya, memang aku kagum dengan kebolehan robot ni. Macam ade orang je dalam sut robot tu tapi tidak, semuanya mekanikal. Mungkin dalam masa 20 tahun akan datang robot dah boleh berfungsi macam manusia biasa. Who knows.


Sekian.

Friday, November 21, 2008

Petronas Tower bridge

9 November 2008

Hari terakhir aku bercuti sebelum masuk balik ke kampus. Aku dgn sorang lagi kawan aku memang dah simpan niat dah lama nak pergi ke jambatan menara petronas klcc tu tapi dalam sebulan cuti memang tak sempat nak pergi. Last2 kitorang buat keputusan untuk pergi jugak sebelum aku balik ke melaka.

Pagi ahad, pukul 8 aku bergerak dari rumah nenek di Jalan Gombak dan ambik kawan aku di Taman Melati. Selepas tu kami pun bertolak ke KLCC dan sampai pukul 8.40am. Sampai je di lokasi memang terkejut sebab punya la ramai orang tgh beratur nak ambik tiket. Mostly tourists, ade la 3-4 orang tempatan termasuk la aku. Tiket percuma, tak perlu bayar. Sampai je giliran kitorang untuk ambik tiket, kitorang dapat tiket untuk session 2.30pm. Nampaknye sesi pagi dah abis di sapu dulu. Dah la beratur nak dekat sejam, takkan nak cancel pulak kan. Terpaksa la tunggu. Nak penuhi masa lapang yang ade, kitorang sempat pegi ke mutiara damansara sebab kawan aku tak pernah lagi jejak kaki ke sana.

Setibanye kami sampai balik ke KLCC, sampai giliran kami untuk masuk. Sebelum naik ke jambatan, kami di pertontonkan sebuah video pendek mengenai sejarah petronas lebih kurang 10 minit. Selepas tu, kami menaiki lif untuk ke jambatan yang berada di tingkat 41.


Intersection view

KLCC park view

KL city

Inside the bridge

Thursday, November 20, 2008

Dah nak dekat sebulan aku tak update blog ni..mulanya ade project ANM yang perlu aku siapkan dan selepas tu ade perkara2 lain yang berlaku. Lagipun aku masih tak dapat nak online kat hostel memandangkan LAN port cuma ade 1 je dan aku terpaksa beli splitter tapi tak tau la bila nak beli. Sekarang aku kat hometown, kat sini je aku berkesempatan nak mengupdate blog ni. Aku masukkan serba sedikit ape yang berlaku dalam 2 minggu ni..

Sunday, October 26, 2008

Kuantan..

Isnin lepas aku berada di Kuantan selama 4 hari 3 malam untuk mengikuti Bengkel Sistem Maklumat Pasaran Tempatan dan Antarabangsa anjuran MTIB di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.


Time tengah free aku pegi lepak di Teluk Cempedak..salah satu pantai yang mesti di kunjungi kat Kuantan ni..aku ternampak 1 KFC bersebelahan dgn McD.

Palm Beach? Aku kat M'sia ke kat Florida, USA?



Sekian.

Monday, October 20, 2008

Aktiviti semalam..

Dah lama jugak aku tak updet blog ni..tak berkesempatan nak updet sebab ade keje yang perlu diselesaikan. Semalam hari Ahad, tetiba perasaan buhsan mula menyelubungi kepala aku di sebabkan aku tak tau bende ape yang patut di buat. TV plak citer tak best, adik aku pulak tengah pakai internet (Ni la akibatnye degil sangat taknak beli router/switch huhu). Last2 aku berkata dlm hati "Pegi town je la..dok umah bkn wat ape pun"..pekan Karak ni plak bukan dekat dari rumah aku, ade la dalam 10km. Dlm pertengahan jalan terpikir gak ape yg aku nak wat kat sana. Maklum la pekan koboi yg kecik je..bukan ade wayang ke bowling alley ke. Akhirnye aku membuat keputusan nak membasuh keta aku yg dah sebulan lebih tak basuh huhu.
Tiba je di rumah, family aku wat keputusan nak ke KL untuk menikmati juadah makan malam dengan menonton wayang gambar di area Cineleisure, Damansara. Sampai2 je dah pukul 8.40pm..beli tiket wayang dulu utk show kul 9.50pm..lepas tu kelam-kabut nak carik tempat utk dinner di The Street @ the Curve.
Memandangkan dah pukul 9pm lebih, kami pun just pegi ke restoran yang paling dekat (lagipun time tu tengah hujan)..Cari punye cari, akhirnye wat keputusan nak ke Vivo American Pizza & Panini.

Vivo American Pizza & Panini

Basically, restoran ni lebih kurang macam pizzahut and domino's tapi dia offer 1 lagi hidangan special iaitu panini..aku tak dapat nak huraikan sebab time tu mmg kelam kabut, kami semua hanya order pasta meal je.

Selepas je abis dinner kami pun kelam kabut ke Cineleisure..citer pun dah start. Citer yang kami tengok tu adelah Eagle Eye.


Poster Eagle Eye


Cerita ni memang menarik walaupun kekadang tu fikir ade part2 yang agak tak logik..tapi mungkin akan terjadi pada masa depan..who knows. Aku bagi 3.5/5 bintang.

Sampai sini je dulu, lepas ni nak bertolak ke Kuantan untuk kursus 3 hari..ade masa nanti aku akan updet lg.


Sekian.


Tuesday, September 30, 2008

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Esok, 1 Oktober 2008. Kite akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Dah hampir 4 minggu aku tak updet blog ni sebab bz yang teramat sangat. Dah tu last week before industrial training ended, blogger kene block plak oleh pihak yg berkenaan.

Aku mohon ampun dan maaf kalau ade yg terguris hati, yg termarah dgn aku. Aku harap dapat mulakan hari-hari baru lepas raya nanti.

Anyway, Selamat Hari Raya kepada semua yg beragama Islam. Jgn lupe kumpul duit raya lebih pada yg still dapat duit raya tu.

Sekian.

Tuesday, September 02, 2008

29 Ogos 2008

Semenjak berminggu-minggu yang lalu aku dah buat plan nak ke Pertandingan Pertunjukan Bunga Api Antarabangsa (MIFC) ke-2 di Putrajaya cuma tak tetapkan masa bila nak pegi. Ade yang buat pertunjukan pada hari biasa dan ade yang buat pada hari minggu. Puas aku memikirkan masa bila yang sesuai nak pegi. Akhirnya aku bercadang nak pegi ke pertunjukan finale pada 29 Ogos 2008. Negara yang buat pertunjukan untuk hari ni tak lain tak bukan pemenang MIFC ke-1, team Australia.

12 Ogos - Team Malaysia
16 Ogos - Team China
20 Ogos - Team Canada
24 Ogos - Team Spain
29 Ogos - Team Australia

Aku bertolak ke Putrajaya dalam pukul 7.40pm dan dalam perjalanan aku mengambik member aku kat rumah dia di Bandar Tasik Selatan. Boring la kalo pegi sorang-sorang. Sampai je di Putrajaya dalam 8.40pm, trafik dah makin sesak terutama nak masuk parking awam tapi nasib baik parking berhampiran PICC banyak lagi yang kosong. Selepas je parking kami pun tunggu la pertunjukan tu nak start.

Takde la ramai sangat orang..so-so je..

PICC

Jambatan Seri Gemilang di mana bunga api akan dilepaskan.


Dalam jadual yang aku tengok di internet tulis show akan bermula dalam pukul 9.30pm tapi start 30 minit lewat. Pukul 10pm baru show start. Show tu berlangsung ade la dalam 30 minit.





Overall memang best la show bunga api ni. Punya la lama, sampai menguap-nguap aku tunggu nak abis huhu. Paling tak best sekali masa nak balik. Semua keta nak keluar serentak. Terpaksa la aku tunggu kat parking tu ade la dalam 20 minit tunggu reda sikit.

Aduihh teruk banget jem nya....


Lepas tu aku ngan member aku pegi gerai dekat area pekan Sg. Besi untuk makan malam. Di sebabkan jem kat Putrajaya dengan jem kat Jalan Pahang (jalan tutup sebab ade kerja nak siapkan flyover) aku sampai kat rumah dalam 1.30am. Masuk rumah je terus terbungkang atas katil. Penat beb.


Sekian.

Friday, August 29, 2008

23 Tahun masa berlalu..

Semalam secara rasminya aku melangkah ke usia yang baru. Pejam celik pejam celik dah masuk umur 23 tahun. Banyak pengalaman telah aku alami dari tahun ke tahun. Thanks jugak kepada semua yang wish untuk besday aku. Aku harap dapat tempuh masa-masa yang akan datang dengan lebih berwawasan hehe.



28 Ogos 2008

JALAN GOMBAK, 28 Ogos -- Hari ni aku cuti secara rasmi. Sebelum ni kami di beri cuti 4 hari sempena kongres ICA yang berlangsung pada bulan lepas. Hari ni hari aku bercuti untuk kali ketiga jadi tinggal 1 hari lagi cuti yang aku save untuk emergency. Best giler dapat bangun lambat pagi ni. Aku memaksa diri untuk bangun pukul 8.30am tapi aku tetap tak dapat nak bangun. Akhirnye aku berjaya membangunkan diri aku kul 9am. Selepas selesai mandi dan breakfast, aku keluar umah dan niat pertama aku untuk hari ni adelah nak beli CD Photoshop.


Aku tak tau sebenarnye mana nak beli CD software kat KL ni. Dulu senang nak cari sebab kat Bukit Bintang pun berlambak. Tapi member aku pernah beli kat Central Market so aku pun membawa diri ke sana. Aku berjaya melaksanakan objektif pertama aku untuk beli CD Photoshop. Pada 27/8 aku dah book tiket nak tengok movie citer You Don't Mess With The Zohan di TGV Sunway Pyramid. Selepas je beli CD di Central Market kami pun bergerak ke Sunway Pyramid. Show start kul 2pm. Memandangkan tiket dah di book, terpaksa datang sejam lebih awal.


1st aku ingat cerita You Don't Mess With The Zohan ni best setaraf dengan cerita Adam Sandler yang lain..best tapi lepas je abis cerita tu aku rase hampa..walaupun ade babak-babak yang best, lawak tapi ade part-part yang aku tak boleh nak terima sikit-sikit..terasa sikit spoil mood aku nak terus menonton. Aku agak terkejut la cerita tu boleh dapat klasifikasi U. Walaupun banyak scene yang kene potong tapi scene-scene yang terlepas tu aku rase still tak boleh di terima terutamanya untuk kanak-kanak. Paling cikai pun klasifikasi untuk filem ni 18PL.

Poster You Don't Mess With The Zohan


Filem ni mengisahkan Zohan Dvir (Adam Sandler) yang bekerja sebagai Israeli Counter-Terrorist Force yang mempunyai cita-cita sendiri untuk menjadi hair stylist. Di sebabkan Zohan merupakan agen Counter-Terrorist terbaik di Israel, tak mungkin Zohan dapat menukar kerja jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai hair stylist di sebuah hair salon terkemuka di New York City.


Aku tak dapat nak menceritakan dengan lebih panjang lagi sebab masa yang sangat terhad :P. Nak tau dengan lebih lanjut sila ke panggung berdekatan sementara stok filem masih ada.


Sekian.


Monday, August 25, 2008

Salam,

Aku tak berkesempatan nak update blog ni semalam sebab terlalu frust dengan internet connection di rumah makcik aku yang tersangat slow walaupun di gembar-gemburkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi negara sebagai jalur lebar atau broadband.


22 Ogos 2008

Aku ade plan nak tengok wayang malam nie tapi aku tak pasti nak tengok cerita ape. Aku dapat tau cerita You Don't Mess With The Zohan baru buat premiere show semalam. Aku dapat tau pasal cerita nie dah lama di internet tapi aku tak sure cerita nie dapat masuk ke Malaysia sebab ade sedikit kontroversi. Aku memang teringin sangat nak tengok cerita nie sebab aku memang minat komedi yang di tonjolkan Adam Sandler. Di opis aku cuba nak buat booking tapi bila nak call je mesti engage..bukan sekali dua..ada la 7-8 kali masa tengahari dan petang.

Aku cuba online booking tapi kebanyakannya tinggal 1 seat atau dah penuh. Akhirnya aku give up dan gamble..kalau ade tiket wayang yang still available di kaunter tiket aku beli dan tak kisah la kalau tak dapat tengok wayang pun untuk malam tu.

Kami pun bertolak ke One Utama dan bile sampai je dekat area situ memang jalan agak sesak dan parking pun agak full..susah payah nak cari parking dari tingkat 1 sampai tingkat atas sekali semua dah full. Memang dah boleh agak sebab hari minggu, mesti ramai yang keluar malam. Akhirnya dapat jugak parking, tapi sampai je di GSC betul-betul time sama dengan time show. Queue pulak dah la panjang menjela. Kami terpacak di situ untuk membuat keputusan nak teruskan atau tak jadi nak tengok wayang. Selepas tu aku membuat keputusan nak pegi ke TGV yang terletak di old wing OU. Tiba je kami di sana memang lengang. Ade la beberapa orang yang beli tiket. Nak bandingkan TGV dengan GSC di OU memang GSC lg best memandangkan dia lagi baru. Tapi cerita You Don't Mess With The Zohan takde dalam masa terdekat. Paling awal pun 11.30pm tapi dah terlalu lewat. Aku cuba cari cerita lain yang ade pada mase terdekat dan jumpe la 1 cerita yang aku tak pernah dengar sebelum nie tapi tengok poster nampak macam menarik.

Lagipun aku tertarik pada pelakon-pelakon yang membintangi filem tu sebab ade sorang pelakon yang di minati aku iaitu Reese Witherspoon. Pelakon-pelakon lain termasuklah Christina Ricci dan James McAvoy. Kami pun membuat keputusan nak tengok cerita ni. Takpe la, cerita You Don't Mess With The Zohan boleh tengok lain kali. Takkan la seminggu je boleh abis kan.



Tajuk filem yang kami tonton tu adelah Penelope.

Cerita ni bagi aku agak menarik tapi tak mencapai tahap kepuasan yang aku jangkakan. Maybe orang lain puas hati la kot. Iye la taste untuk movie kan masing-masing. Cerita ni lebih kurang macam fairy tale sebab ade sedikit persamaan dengan cerita fairy tale yang lain. Aku cuba elaborate cerita ni secara ringkas. Penelope (yang di bintangi oleh Christina Ricci) adelah anak perempuan yang pertama di miliki oleh keluarga Wilhern semenjak keluarga Wilhern telah di sumpah oleh ibu kepada pembantu rumah keluarga Wilhern yang telah membunuh diri kerana telah di pregnantkan oleh anak lelaki tuan rumah yang juga seorang bomoh untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya.

Akibat sumpahan itu, anaknya telah dikurung di rumah dan tidak boleh ke dunia luar memandangkan wajahnya yang tidak normal. Sumpahan tersebut hanya boleh di pecahkan jika Penelope berkahwin dengan pemuda dari golongan atasan/bangsawan. Ibu Penelope cuba untuk mencari calon-calon dari golongan tersebut untuk berkahwin dengan anaknya dengan menjemput calon-calon ke rumahnya tetapi takde lelaki yang berminat nak berkahwin kerana wajah anaknya tak normal tu. Di sini, Max (lakonan James McAvoy) buat pertama kalinya berjumpa dengan Penelope tetapi Max bersekongkol dengan wartawan yang mempunyai niat jahat untuk membongkar rahsia Penelope. Akibat tak tahan kerana terpaksa di sorokkan di rumah untuk bertahun-tahun, Penelope nekad untuk melarikan diri dari rumah untuk menikmati dunia luar. Di luar, Penelope bertemu dengan Annie (Reese Witherspoon) di sebuah pub dan menjadi kawan baik kepada Penelope.

Apekah yang terjadi selepas itu..Apekah agaknya sumpahan tersebut..Dapatkah Penelope memecahkan sumpahan ke atas dirinya..kalau nak tau kenelah tengok sendiri.

Aku tak dapat huraikan panjang-panjang nanti spoil kepada sesiapa nak tengok movie nie..tapi aku kurang berpuas hati sebab Reese Witherspoon yang hanya berlakon sebagai pelakon sampingan..Aku mengharapkan dia dapat watak yang lebih berat. Tapi takpelah..overall movie ni ok la.. aku bagi rating 3/5.

Selepas habis menonton wayang dan membuat beberapa perkara selepas tu aku pun meredah jalan raya untuk ke Sg. Besi. Aku terpaksa tido di umah makcik aku di kem Sg. Besi malam tu sebab terpaksa hantar sepupu aku ke kelas tuisyen sabtu pagi dan ahad memandangkan familynye bercuti di Merapoh, Pahang.


23 Ogos 2008

Hari ni nenek aku buat sedikit kenduri dan marhaban di rumahnye. Pagi tu aku hantar sepupu aku ke kelas tuisyen dan selepas mengambil dia balik kami pun terus ke rumah nenek kami. Marhaban start pukul 2.30pm so nasib baik kami sempat sampai thanks to Ford Focus 2.0 milik makcik aku yang agak berkuasa. Kalau tak mesti lambat sampai huhu.

Aku terpaksa balik ke Sg. Besi agak awal sebab sepupu aku ade kelas tuisyen lagi petang tu. Memandangkan aku bawak sekali laptop aku, aku pun nak berinternet di rumahnye. Aku tak pernah lagi connect ke internet dengan 3G/HSDPA. Memandangkan makcik aku ade subscribe Celcom 3G aku pun takde pilihan.

First aku memang teruja nak cuba sebab aku tau teknologi HSDPA memang laju..boleh sampai 3.6 mbps. Selama ni aku asyik pakai TMnet Streamyx je yang aku ingat sucks. Aku sambungkan modem Celcom 3G tu ke laptop aku dan connect. Lepas je connected, ade tertulis connection sekarang adelah HSDPA. Aku bukak je browser aku nak tengok speed, aku terkejut connection sangat slow dan tak stabil. Aku cuba pegi http://www.speedtest.net/, tapi tak dapat nak established dengan testing server. Facebook je amik masa 10 minit nak load, yahoo messenger pun kekadang dc. Aku takleh persalahkan Celcom Broadband time tu sebab maybe tengah problem. Lgpun aku baru je cuba-cuba, takleh terus kondem and takde plak sepupu aku komplen. Tapi takpe la aku main je la internet tu walaupun slow. Lgpun bukan buat ape-ape pun.

Anyway, it was fun.

Sekian.

Wednesday, August 20, 2008

Salam,


Akhirnya aku selamat tiba di umah aku di Karak. Kat sini je la aku dapat mengupdet blog nie sebab di opis banyak keje yang perlu di siapkan untuk projek sistem arkib. Lepas berbunyi je punch card machine aku terus menyusuri jalan raya untuk balik ke sini.


19 Ogos 2008

Selepas aku habis bekerja pada hari nie untuk balik ke umah aku singgah ke workshop untuk membetulkan sistem brek kereta aku. Aku dah lama dah plan nak servis brek sebab nak dekat 6 bulan brek aku berbunyi "screeching" time nak berenti. Aku memang yakin gerenti brek pad dah haus n brek disc mesti dah calar tapi aku takde kesempatan n takde niat nak ke workshop. Seminggu yang lepas aku dah pegi ke workshop yang lain untuk servis brek tapi tak complete sebab duit dalam poket tak cukup nak cover kos repair.

Time tu aku hanya tukar brake pad n brake pump. Aku terpakse tukar brake pump sebab selama nie aku bawak kereta dengan brake pump bocor. Nasib baik still ade grip. Skarang untuk service finale, brake disc aku perlu di skimmed untuk melicinkan balik permukaan brake disc n ganti brek kat tayar belakang sebab dah terlalu nipis.


Brake disc keta yg tgh di skimmed


Nak repair 2-2 benda tue makan masa nak dekat sejam. Time yg paling tak best masa nak bayar..aduii melayang lagi duit aku. Tapi lepas je setel repair aku berpuas hati gak la sebab bunyi yang selama nie yg menyesakkan lubang telinga aku dah akhirnye lesap.

Aku tak dapat nak cerita panjang2 skarang sebab aku nak balik ke KL malam ni jugak. Cauuu.

Sekian.

Tuesday, August 19, 2008

Assalamualaikum n selamat sejahtera,


16 Ogos 2008

Hari nie, Sabtu adelah hari pertunangan opismate aku Miss Liyana dengan atau di kenali ramai sebagai Yana dengan tunangnya En. Naim yang berlangsung di Senawang, N. Sembilan. Lepas bangun aku terus menyiapkan diri aku dan terus bertolak dari umah aku kat Karak. Di Karak highway aku memecut laju sebab aku tak rasa ade speedtrap sebab memang jarang ada. Tapi malangnye nasib aku hari tu ade roadblock polis untuk speed trap. Kenape la time aku bawak slow takde plak speed trap iskkk. Aku perhati makin banyak kereta di tahan ke bahu jalan. Aku makin hampir makin chuaks. Terasa nak gugur jantung aku. Dalam hati jangan la kene saman. Aku taknak duit RM300 aku hangus macam tu je. Sampai giliran aku untuk di check no plate tetiba pakcik polis tu memberi isyarat jalan. Punye la happy aku time tu, aku bawak laju sangat ke sampai polis kat belakang semak tu tak sempat nak tembak kereta aku?. Selepas roadblock polis tu aku terus memecut ke Selayang untuk menjemput Cik Afzan. Yang menumpang kereta aku ade 2 orang je. Selepas mengambil Cik Afzan di rumahnya aku terus memecut ke rumah Azreena di Cheras (kalo tak silap aku la) dan bertolak ke Senawang.


Sampai saja di plaza tol Senawang, kitorang pun terpaksa menunggu Irwan yang sedang memecut Kelisanya di highway. Setelah beliau sampai kitorang pun berkonvoi ke rumah Yana. Cik Afzan sebagai co-pilot aku dengan konfiden menguidekan aku ke rumah Yana. Alhamdulillah kitorang selamat tiba dalam pukul 1 tgh hari lebih.

Semoga pertunangan ini berkekalan

hingga ke jinjang pelamin.


Ketika kitorang nak balik dari majlis pertunangan Yana n Naim, tetiba kitorang terasa nak minum ice blended dari Starbucks. Aku pun nak try rase sebab dah lama tak rasa ice blended Starbucks nie sampai tak ingat rase dia macam mana. Kitorang pun membawa diri ke Seremban Parade sebab itu je Starbucks terdekat dari umah Yana. Aku teringin nak minum sebab nak rase ape yang membuatkan orang rasa sangat berminat dengan ice blended Starbucks terutamanya member yang aku kenal di opis yang sangat terkenal sebagai peminat setia Starbucks.


Kitorang pun pulang ke KL sambil menikmati ice blended tersebut. Selepas menghantar Azreena dan Afzan balik ke umah, aku terus membawa diri balik ke rumah


18 Ogos 2008

Hari nie adelah hari last aku bercuti semenjak Jumaat lepas. Sepatutnye aku ponteng hari selasa nie tapi memandangkan aku tak jadi pegi ke J.B aku merajinkan jugak diri untuk pegi ke opis. Aku baru je nak bertolak balik ke KL petang hari n rupa2 nye family aku pun nak ke KL. Aku bertanya mak aku kenape nak ke KL n mak aku menjawab "Saje je nak jalan2 tengok wayang n dinner". Tanpa segan silu aku pun nak mengikut sekali memandangkan aku tengah free untuk hari tue.


Kitorang berkonvoi menggunakan 2 kereta. Mak, ayah ngan adik aku yg paling kecik naik 1 kereta dan aku sorang2 dalam ferrari merah aku. Jarak dari umah aku ke KL ade la dalam 45 minit. Aku tak tau la sebab ape tapi ayah aku bawak kereta tak macam biasa sebab tetiba hari tu dia bawak laju. Aku pun terpakse memijak pedal minyak ferrari merah aku sedalam mungkin untuk mengejar kereta dia. Untuk pengetahuan korang, bentuk muka bumi Karak highway berbukit-bukit. Enjin ferrari buatan malaysia kereta aku terase semput mencari-cari nafas nak mendaki bukit yang agak curam. Setelah membelah bukit dan melayan corner baring akhirnye alhamdulillah aku dan family selamat tiba di KL.


Akhirnya kitorang decided nak ke Cineleisure dan IKEA di Damansara. Aku tinggalkan kereta aku di parking Terminal LRT Putra Gombak n pergi ke Damansara ngan 1 kereta je. Akhirnya ayah aku wat keputusan nak tengok citer The Mummy n memandangkan aku pun tak tengok lagi citer tu aku pun layankan je.


Ayah aku pun dah wat keputusan nak makan malam di restoran IKEA sebab ade 1 makanan feveret dia iaitu Poached Salmon. Mak n adik aku share makanan n order Swedish Meatballs. Aku pulak time tengah tengok menu, rase terliur nak rasa Swedish Herb Chicken. Untuk pengetahuan am tuan2 dan puan2, IKEA adalah kedai perabot yang berasal dari Sweden n restoran di IKEA nie secara tidak langsung menyediakan makanan dari sana.



Swedish Herb Chicken yg diorder aku.


First impression aku dengan ayam nie rase macam makanan yang sangat berkhasiat (teringat aku dengan Manhattan Fish Market). Aku tengok ade helaian2 hijau yang aku rasa adelah rumput yg di import dari Sweden. Ditambah lagi dengan kentang yg keras dengan carrot. Rasa kuahnye sangat tidak kena dengan tekak aku tapi ayam dia rase sedap pulak. Last2 aku try to buangkan sebanyak mana kuah yg boleh yg ade kat atas ayam tue. Akhirnya aku dapat habiskan ayam tu tapi tak larat nak abiskan kentang ngan carrot. Aku try rasa Poached Salmon ngan Swedish meatballs sikit n rasenye sedikit sedap dari ayam aku walaupun aku rase salmon tu sedikit mentah. Akhirnye, aku decide kalo aku singgah lagi ke restoran nie aku akan try Poached Salmon. Aku secara rasmi ban Swedish Herb Chicken dalam menu hidup aku.



Selepas selesai dinner, kitorang pun menggerakkan diri ke Cineleisure untuk menonton wayang. Tak payah la aku elaborate citer The Mummy nie eh sebab aku tau korang mesti dah tengok lama dah. Tapi aku agak pelik sebab walaupun citer The Mummy nie dah lama keluar tapi still penuh panggung.



Peace out..!.

Tuesday, August 19, 2008

Mukadimah

Selamat datang ke blog pertama aku. Ni first time aku wat blog, jadi kalo ada salah silap atau terkasar bahasa aku mintak maaf dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Sebenarnye dah ramai bertanye "kenapa ko tak nak wat blog sebab dah ramai buat". Aku bukan taknak buat tapi dulu aku fikir, ape2 yang terjadi dalam kehidupan seharian aku tak perlu di gembar-gemburkan dan di kecohkan di internet.

Aku try sehabis boleh nak selalu update blog ni walaupun takde internet connection kat umah (nasib baik kat opis ade internet). Tapi malangnye, timing aku nak start blog nie tak kena masa sebab sekarang supervisor aku di ANM dah bagi 1 projek untuk di siapkan. Ape2 pun aku try untuk luangkan masa untuk blog nie. Anyway terima kasih kerana sudi menyinggah ke laman blog aku yang tak seberapa nie.

Peace out..!