Friday, November 21, 2008

ASIMO@OU

15 November 2008

Aku kembali ke KL selepas seminggu di Melaka. Hari Sabtu, aku keluar dengan seorang kawan lama, kawan time sekolah dulu masa form 4-5. Aku baru je pertama kali jumpa dia balik sehari sebelum (14 November 2008) after nak dekat 6 tahun tak jumpa. Fuhh punye la lama kan. Tapi dia tetap macam dulu takde perubahan pun. Kebetulan pulak hari ni kitorang nak keluar lepak2 tapi tak tau nak pergi mana. Akhirnye kami pun buat keputusan ke One Utama.

Kebetulan pulak di One Utama, ade 1 show mengenai robot called ASIMO (Advance Step in Innovative MObility) ciptaan HONDA. Dari ape yang aku dengar, ni kali ke-3 robot ni dah buat pertunjukan di Malaysia. Agak teruja jugak la aku sebab selama ni aku cuma dapat tau pasal robot ni kat TV dan internet. Akhirnya dapat jugak tengok robot ni secara live.









Short video of ASIMO


Keseluruhannya, memang aku kagum dengan kebolehan robot ni. Macam ade orang je dalam sut robot tu tapi tidak, semuanya mekanikal. Mungkin dalam masa 20 tahun akan datang robot dah boleh berfungsi macam manusia biasa. Who knows.


Sekian.

0 comments: