Saturday, May 29, 2010

Facebook untuk umat Islam?



Salam,

Tadi kebetulan saya tengah baca news headlines kat Google News, ternampak 1 petikan berita dari Pakistan. Rasanye semua dah tau kan mengenai ade 1 group di Facebook yang menganjurkan hari melukis gambar Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W yang juga menimbulkan api kemarahan umat Islam seluruh dunia dan paling ketara di Pakistan apabila sebuah mahkamah di Pakistan memerintahkan Internet regulator di sana untuk menyekat akses Internet ke Facebook. Bukan saja Facebook, malah banyak lagi laman web yang di katakan offensive kepada umat Islam termasuklah Youtube.

Petikan berita yang saya baca tadi adelah mengenai sekumpulan 6 orang pakar IT di Pakistan yang berjaya membangunkan laman web social networking ala Facebook khas untuk umat Islam. Tujuan laman web ni di bangunkan sebab nak tunjuk protes pada Facebook yang tak mengambil tindakan tegas ke atas group terbabit. Secara tak langsung, dapat memecah monopoli Facebook (boleh ke pecah?). Tapi tu semua bergantung pada features yang ade kat laman web tersebut.

Dah cuba tengok laman web tu tapi tak register pun. Kalau sesapa nak cuba tengok sila klik link ni http://www.millatfacebook.com/.

Source: AFP