Tuesday, July 13, 2010

Universiti cemerlang Malaysia 2009

Salam,

Malam semalam tengok berita kat TV3 tak? Kalau tengok mesti perasan ade news mengenai institusi-institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam sistem rating pengajian tinggi Malaysia untuk tahun 2009. Ada 18 institusi-institusi pengajian tinggi yang mendapat tempat di Tier 5 iaitu Cemerlang merangkumi institusi kerajaan dan swasta. Bagaimanapun, takde satu pun institusi yang berjaya mendapat tempat tertinggi pada Tier 6 iaitu terbaik. Terdengar sebutan Universiti Multimedia dari mulut pembaca berita bila dia menyebut institusi yang berada di Tier 5. Tetiba rasa gembira sangat al-maklum pernah menuntut kat sana..rasa macam berbaloi plak aku belajar kat sana. Ye la universiti yang aku penah belajar dulu di beri penghargaan sedemikian.

Ranking institusi di dalam Tier 5 adelah seperti di bawah.


Source: The Star


p/s: sapa cakap blaja kat institusi pengajian tinggi swasta tak berkualiti..prff.