Friday, November 21, 2008

ASIMO@OU

15 November 2008

Aku kembali ke KL selepas seminggu di Melaka. Hari Sabtu, aku keluar dengan seorang kawan lama, kawan time sekolah dulu masa form 4-5. Aku baru je pertama kali jumpa dia balik sehari sebelum (14 November 2008) after nak dekat 6 tahun tak jumpa. Fuhh punye la lama kan. Tapi dia tetap macam dulu takde perubahan pun. Kebetulan pulak hari ni kitorang nak keluar lepak2 tapi tak tau nak pergi mana. Akhirnye kami pun buat keputusan ke One Utama.

Kebetulan pulak di One Utama, ade 1 show mengenai robot called ASIMO (Advance Step in Innovative MObility) ciptaan HONDA. Dari ape yang aku dengar, ni kali ke-3 robot ni dah buat pertunjukan di Malaysia. Agak teruja jugak la aku sebab selama ni aku cuma dapat tau pasal robot ni kat TV dan internet. Akhirnya dapat jugak tengok robot ni secara live.









video

Short video of ASIMO


Keseluruhannya, memang aku kagum dengan kebolehan robot ni. Macam ade orang je dalam sut robot tu tapi tidak, semuanya mekanikal. Mungkin dalam masa 20 tahun akan datang robot dah boleh berfungsi macam manusia biasa. Who knows.


Sekian.

Friday, November 21, 2008

Petronas Tower bridge

9 November 2008

Hari terakhir aku bercuti sebelum masuk balik ke kampus. Aku dgn sorang lagi kawan aku memang dah simpan niat dah lama nak pergi ke jambatan menara petronas klcc tu tapi dalam sebulan cuti memang tak sempat nak pergi. Last2 kitorang buat keputusan untuk pergi jugak sebelum aku balik ke melaka.

Pagi ahad, pukul 8 aku bergerak dari rumah nenek di Jalan Gombak dan ambik kawan aku di Taman Melati. Selepas tu kami pun bertolak ke KLCC dan sampai pukul 8.40am. Sampai je di lokasi memang terkejut sebab punya la ramai orang tgh beratur nak ambik tiket. Mostly tourists, ade la 3-4 orang tempatan termasuk la aku. Tiket percuma, tak perlu bayar. Sampai je giliran kitorang untuk ambik tiket, kitorang dapat tiket untuk session 2.30pm. Nampaknye sesi pagi dah abis di sapu dulu. Dah la beratur nak dekat sejam, takkan nak cancel pulak kan. Terpaksa la tunggu. Nak penuhi masa lapang yang ade, kitorang sempat pegi ke mutiara damansara sebab kawan aku tak pernah lagi jejak kaki ke sana.

Setibanye kami sampai balik ke KLCC, sampai giliran kami untuk masuk. Sebelum naik ke jambatan, kami di pertontonkan sebuah video pendek mengenai sejarah petronas lebih kurang 10 minit. Selepas tu, kami menaiki lif untuk ke jambatan yang berada di tingkat 41.


Intersection view

KLCC park view

KL city

Inside the bridge

Thursday, November 20, 2008

Dah nak dekat sebulan aku tak update blog ni..mulanya ade project ANM yang perlu aku siapkan dan selepas tu ade perkara2 lain yang berlaku. Lagipun aku masih tak dapat nak online kat hostel memandangkan LAN port cuma ade 1 je dan aku terpaksa beli splitter tapi tak tau la bila nak beli. Sekarang aku kat hometown, kat sini je aku berkesempatan nak mengupdate blog ni. Aku masukkan serba sedikit ape yang berlaku dalam 2 minggu ni..