Friday, November 21, 2008

Petronas Tower bridge

9 November 2008

Hari terakhir aku bercuti sebelum masuk balik ke kampus. Aku dgn sorang lagi kawan aku memang dah simpan niat dah lama nak pergi ke jambatan menara petronas klcc tu tapi dalam sebulan cuti memang tak sempat nak pergi. Last2 kitorang buat keputusan untuk pergi jugak sebelum aku balik ke melaka.

Pagi ahad, pukul 8 aku bergerak dari rumah nenek di Jalan Gombak dan ambik kawan aku di Taman Melati. Selepas tu kami pun bertolak ke KLCC dan sampai pukul 8.40am. Sampai je di lokasi memang terkejut sebab punya la ramai orang tgh beratur nak ambik tiket. Mostly tourists, ade la 3-4 orang tempatan termasuk la aku. Tiket percuma, tak perlu bayar. Sampai je giliran kitorang untuk ambik tiket, kitorang dapat tiket untuk session 2.30pm. Nampaknye sesi pagi dah abis di sapu dulu. Dah la beratur nak dekat sejam, takkan nak cancel pulak kan. Terpaksa la tunggu. Nak penuhi masa lapang yang ade, kitorang sempat pegi ke mutiara damansara sebab kawan aku tak pernah lagi jejak kaki ke sana.

Setibanye kami sampai balik ke KLCC, sampai giliran kami untuk masuk. Sebelum naik ke jambatan, kami di pertontonkan sebuah video pendek mengenai sejarah petronas lebih kurang 10 minit. Selepas tu, kami menaiki lif untuk ke jambatan yang berada di tingkat 41.


Intersection view

KLCC park view

KL city

Inside the bridge

0 comments: