Semoga pertunangan ini berkekalan
hingga ke jinjang pelamin.
Ketika kitorang nak balik dari majlis pertunangan Yana n Naim, tetiba kitorang terasa nak minum ice blended dari Starbucks. Aku pun nak try rase sebab dah lama tak rasa ice blended Starbucks nie sampai tak ingat rase dia macam mana. Kitorang pun membawa diri ke Seremban Parade sebab itu je Starbucks terdekat dari umah Yana. Aku teringin nak minum sebab nak rase ape yang membuatkan orang rasa sangat berminat dengan ice blended Starbucks terutamanya member yang aku kenal di opis yang sangat terkenal sebagai peminat setia Starbucks.
Kitorang pun pulang ke KL sambil menikmati ice blended tersebut. Selepas menghantar Azreena dan Afzan balik ke umah, aku terus membawa diri balik ke rumah
18 Ogos 2008
Kitorang berkonvoi menggunakan 2 kereta. Mak, ayah ngan adik aku yg paling kecik naik 1 kereta dan aku sorang2 dalam ferrari merah aku. Jarak dari umah aku ke KL ade la dalam 45 minit. Aku tak tau la sebab ape tapi ayah aku bawak kereta tak macam biasa sebab tetiba hari tu dia bawak laju. Aku pun terpakse memijak pedal minyak ferrari merah aku sedalam mungkin untuk mengejar kereta dia. Untuk pengetahuan korang, bentuk muka bumi Karak highway berbukit-bukit. Enjin ferrari buatan malaysia kereta aku terase semput mencari-cari nafas nak mendaki bukit yang agak curam. Setelah membelah bukit dan melayan corner baring akhirnye alhamdulillah aku dan family selamat tiba di KL.
Akhirnya kitorang decided nak ke Cineleisure dan IKEA di Damansara. Aku tinggalkan kereta aku di parking Terminal LRT Putra Gombak n pergi ke Damansara ngan 1 kereta je. Akhirnya ayah aku wat keputusan nak tengok citer The Mummy n memandangkan aku pun tak tengok lagi citer tu aku pun layankan je.
Ayah aku pun dah wat keputusan nak makan malam di restoran IKEA sebab ade 1 makanan feveret dia iaitu Poached Salmon. Mak n adik aku share makanan n order Swedish Meatballs. Aku pulak time tengah tengok menu, rase terliur nak rasa Swedish Herb Chicken. Untuk pengetahuan am tuan2 dan puan2, IKEA adalah kedai perabot yang berasal dari Sweden n restoran di IKEA nie secara tidak langsung menyediakan makanan dari sana.
Swedish Herb Chicken yg diorder aku.
First impression aku dengan ayam nie rase macam makanan yang sangat berkhasiat (teringat aku dengan Manhattan Fish Market). Aku tengok ade helaian2 hijau yang aku rasa adelah rumput yg di import dari Sweden. Ditambah lagi dengan kentang yg keras dengan carrot. Rasa kuahnye sangat tidak kena dengan tekak aku tapi ayam dia rase sedap pulak. Last2 aku try to buangkan sebanyak mana kuah yg boleh yg ade kat atas ayam tue. Akhirnya aku dapat habiskan ayam tu tapi tak larat nak abiskan kentang ngan carrot. Aku try rasa Poached Salmon ngan Swedish meatballs sikit n rasenye sedikit sedap dari ayam aku walaupun aku rase salmon tu sedikit mentah. Akhirnye, aku decide kalo aku singgah lagi ke restoran nie aku akan try Poached Salmon. Aku secara rasmi ban Swedish Herb Chicken dalam menu hidup aku.
Selepas selesai dinner, kitorang pun menggerakkan diri ke Cineleisure untuk menonton wayang. Tak payah la aku elaborate citer The Mummy nie eh sebab aku tau korang mesti dah tengok lama dah. Tapi aku agak pelik sebab walaupun citer The Mummy nie dah lama keluar tapi still penuh panggung.
Peace out..!.
0 comments:
Post a Comment