Wednesday, August 20, 2008

Salam,


Akhirnya aku selamat tiba di umah aku di Karak. Kat sini je la aku dapat mengupdet blog nie sebab di opis banyak keje yang perlu di siapkan untuk projek sistem arkib. Lepas berbunyi je punch card machine aku terus menyusuri jalan raya untuk balik ke sini.


19 Ogos 2008

Selepas aku habis bekerja pada hari nie untuk balik ke umah aku singgah ke workshop untuk membetulkan sistem brek kereta aku. Aku dah lama dah plan nak servis brek sebab nak dekat 6 bulan brek aku berbunyi "screeching" time nak berenti. Aku memang yakin gerenti brek pad dah haus n brek disc mesti dah calar tapi aku takde kesempatan n takde niat nak ke workshop. Seminggu yang lepas aku dah pegi ke workshop yang lain untuk servis brek tapi tak complete sebab duit dalam poket tak cukup nak cover kos repair.

Time tu aku hanya tukar brake pad n brake pump. Aku terpakse tukar brake pump sebab selama nie aku bawak kereta dengan brake pump bocor. Nasib baik still ade grip. Skarang untuk service finale, brake disc aku perlu di skimmed untuk melicinkan balik permukaan brake disc n ganti brek kat tayar belakang sebab dah terlalu nipis.


Brake disc keta yg tgh di skimmed


Nak repair 2-2 benda tue makan masa nak dekat sejam. Time yg paling tak best masa nak bayar..aduii melayang lagi duit aku. Tapi lepas je setel repair aku berpuas hati gak la sebab bunyi yang selama nie yg menyesakkan lubang telinga aku dah akhirnye lesap.

Aku tak dapat nak cerita panjang2 skarang sebab aku nak balik ke KL malam ni jugak. Cauuu.

Sekian.

1 comments:

NukM4N said...

Salam~
Tahniah dah ade blog!
Add la blog aku kat link kau..
http://nukm4n.net