Semalam secara rasminya aku melangkah ke usia yang baru. Pejam celik pejam celik dah masuk umur 23 tahun. Banyak pengalaman telah aku alami dari tahun ke tahun. Thanks jugak kepada semua yang wish untuk besday aku. Aku harap dapat tempuh masa-masa yang akan datang dengan lebih berwawasan hehe.
28 Ogos 2008
JALAN GOMBAK, 28 Ogos -- Hari ni aku cuti secara rasmi. Sebelum ni kami di beri cuti 4 hari sempena kongres ICA yang berlangsung pada bulan lepas. Hari ni hari aku bercuti untuk kali ketiga jadi tinggal 1 hari lagi cuti yang aku save untuk emergency. Best giler dapat bangun lambat pagi ni. Aku memaksa diri untuk bangun pukul 8.30am tapi aku tetap tak dapat nak bangun. Akhirnye aku berjaya membangunkan diri aku kul 9am. Selepas selesai mandi dan breakfast, aku keluar umah dan niat pertama aku untuk hari ni adelah nak beli CD Photoshop.
Aku tak tau sebenarnye mana nak beli CD software kat KL ni. Dulu senang nak cari sebab kat Bukit Bintang pun berlambak. Tapi member aku pernah beli kat Central Market so aku pun membawa diri ke sana. Aku berjaya melaksanakan objektif pertama aku untuk beli CD Photoshop. Pada 27/8 aku dah book tiket nak tengok movie citer You Don't Mess With The Zohan di TGV Sunway Pyramid. Selepas je beli CD di Central Market kami pun bergerak ke Sunway Pyramid. Show start kul 2pm. Memandangkan tiket dah di book, terpaksa datang sejam lebih awal.
1st aku ingat cerita You Don't Mess With The Zohan ni best setaraf dengan cerita Adam Sandler yang lain..best tapi lepas je abis cerita tu aku rase hampa..walaupun ade babak-babak yang best, lawak tapi ade part-part yang aku tak boleh nak terima sikit-sikit..terasa sikit spoil mood aku nak terus menonton. Aku agak terkejut la cerita tu boleh dapat klasifikasi U. Walaupun banyak scene yang kene potong tapi scene-scene yang terlepas tu aku rase still tak boleh di terima terutamanya untuk kanak-kanak. Paling cikai pun klasifikasi untuk filem ni 18PL.
Poster You Don't Mess With The Zohan
Filem ni mengisahkan Zohan Dvir (Adam Sandler) yang bekerja sebagai Israeli Counter-Terrorist Force yang mempunyai cita-cita sendiri untuk menjadi hair stylist. Di sebabkan Zohan merupakan agen Counter-Terrorist terbaik di Israel, tak mungkin Zohan dapat menukar kerja jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai hair stylist di sebuah hair salon terkemuka di New York City.
Aku tak dapat nak menceritakan dengan lebih panjang lagi sebab masa yang sangat terhad :P. Nak tau dengan lebih lanjut sila ke panggung berdekatan sementara stok filem masih ada.
Sekian.
1 comments:
ape kes? aku aku aku aku...tetibe 'Selepas je beli CD di Central Market kami pun ....'?
KAMI?
Post a Comment