Tahun baru 2009 dah semakin hampir..ape plan dan azam korang utk hari2 berikutnye? Aku dah malas nak wat azam baru sebab bagi aku tak semestinya mesti tunggu masuk tahun baru then baru nak berazam..for me, berazam tu bila2 masa je tapi yang paling penting sekali USAHA..itu yang menjadikan azam tu menjadi atau tak.
Neway, walau ape pun aku ucapkan selamat tahun baru 2009 pada semua. Semoga tahun baru ni dapat memberi nafas baru dan hadapi masa2 depan yang lebih mencabar.
Tinggal beberapa jam je lagi masuk tahun baru..jadi kita countdown sama2 k ;)
The journey of my life
Monumen di dpn bangunan
Bangunan Canselori ni kat atas bukit..same with other UiTM Shah Alam buildings..you guys sure tau yang UiTM Shah Alam ni berbukit-bukit..so boleh nampak view Shah Alam..even boleh nampak KLCC and KL Tower tapi takde dalam gambar kat atas sebab kecik sangat ;)
~Out For Now~
Jika doa mu dimakbulkan,
tanda Allah meyayangimu.
Jika doa mu lambat dimakbulkan,
tanda Allah ingin menguji mu.
Jika doa mu tak dimakbulkan,
tanda Allah merancang yang terbaik untukmu.
Salam Maal Hijrah 1430H.
Finally~!! Siap jugak assignment last aku ni..woohooo. Memula aku ingatkan assignment ni tak berapa susah sangat tapi rupa2 nye susah jugak. All because of the case study yang aku kena pahamkan dan tanya soalan2 yang nakkan opinion. Tak boleh main taram je takut salah. Memang makan masa nak wat assignment tu lebih2 lagi aku on vacation mode sekarang :P.
Nasib baik hotel2 yang ktorang menginap ni ade internet access. Internet sekarang penting untuk aku siapkan assignment tu sebab kene banyak wat research. Ade hotel yang kenekan caj..ade yang tak, macam sekarang ni. Yang tak kene caj ni 1 je problem, connection yang sedikit slow and kekadang dc..tapi takleh nak komplen la kan sbb free.
My temporary workspace
Semenjak khamis, aku terpakse berjaga malam sampaikan tak tido seharian semata-mata nak siapkan assignment ni. Tensen jugak time tu sebab terdengar bebudak menjerit bergembira kat tepi swimming pool and tepi pantai sedangkan aku terpaksa mengadap laptop seharian huhu. Boleh siap cepat sebenarnye tapi banyak masa aku habiskan dalam keta travelling. Sekarang masa untuk aku dapatkan masa tido aku yang dah beberapa jam tertunggak dan enjoy selagi aku blom balik ke hometown.
Dah pukul 6.30am ni..masa untuk rest. Sign out dulu k..ZzZzZzZz.
Entrance dah ok tapi signboard cam tak penah basuh je huhu.
Kat Bukit Bintang ni memang dah semangat krismas abes..waiter2 dengan waitress2 dah pakai topi krismas. Masuk je dalam restoran ni memang dah ramai dengan org. Pelik jugak sebab tak wat booking pun dapat gak table. Nasib baik la kot. :).
Ingat nak amik gambar dalam restoran tu tapi gambar tak berapa terang lak. Maklum la pakai cameraphone. Blurr blurr gitu. Tapi ade gak la shot2 yang agak clear.
The Ship .. The Best Steak In Town
Tagline "The Best Steak In Town" tu aku rase agak betul kot sebab steak dia memang lembut je (Macam masak tak well done pun ade gak)..macam biase la kalo aku makan steak mesti order black pepper. Macam takde yang lain je. Walaupun steak dia tak berapa tebal macam kat Chili's Grill & Bar tapi memang kenyang..nak abeskan pun memang kena paksa perut suh terima daging2 tu huhu.
Sos black pepper yang paling black yang aku penah nampak..tak tau la camner diorang wat.
Shapinas (kiri) n adik bongsu, Lina. Haih tak penah lepas henset la budak ni.
Ayah tengah menikmati steaknye..jaga2 darah tinggi tu :P
Selesai je makan..kitorang pun beransur balik..naik 2 keta. Parents aku park kat LowYat Plaza n aku plak park kat Pavillion. Time on da way balik ke carpark memang sesak dengan org berbagai2 bangsa. Maklum la malam minggu..
Adiks..dr kiri. Lina, Yati n kawan adik, Shapinas.
Setibenye di Pavillion aku ternampak 2 hiasan krismas kat depan main entrance.
Rusa2 santa claus dengan laptop2 yg di sponsor oleh Dell.
Tallest christmas tree that i've ever seen..!!
Neway, memang we' all have a good time that nite. To my dad, happy birthday..semoga panjang umur dan murah rezeki~.
Aku masih lagi di bebani dengan assignment-assignment yang perlu di hantar minggu depan. Tinggal dua lagi assignment yang masih tak siap lagi dan masih lagi dalam proses (padahal tak jalan lagi wat masa ni huhu).
Assignment-assignment yg dah submit dan perlu di submit:
1)Ethics and Professional Conduct
i)Report (due date 19 Disember)
tapi assignment ni paling best coz aku hanya hantar nama dengan ID je. Ni la kelebihan group leader yg terlebih rajin :)
Production & Operations Management
i)Report (Due date 17 Disember)
ii)Interview video (Due date 23 Disember)
Software Project Management
i)Report (Due date 26 Disember)
Assignment Production & Operations Management tu aku terpaksa mengedit video utk 10 minit dan report pun aku kena wat memandangkan ahli group yg lain terpaksa siapkan report FYP. Dalam semester ni, aku rasa assignment ni yg paling beban tapi harap2 dapat setelkan video tu dlm masa terdekat.
Aku jadi group leader utk assignment Software Project Management tu tapi assignment dia bg aku tak berapa susah sgt..tugas pun dah bagi pada ahli group aku tapi aku tak tau la diorang wat ke tak.
Kepada sesiapa yg tengah wat assignment tu..bersabar la k dan teruskan usaha anda :)
2 minggu lepas, secara detailnye (4 Disember 2008)..Aku, Azreena dan kawannye dari KL, Hajar pergi bersiar-siar kat area Melaka. Jadi aku dan Azreena pun secara tak langsung jadi tour guide tak berlesen membawa Hajar berjalan-jalan di tempat-tempat tourist selalu pergi. Antara tempat yg kitorang lawat, Dataran Pahlawan (Tempat2 nak shopping), Restoran asam pedas kat Bukit Cina (Aku tak penah pun datang sini, Azreena yang merecommend. Tapi masakan dia memang puas ati. Laen kali bleh datang lg.), Rivercruise @ Sg. Melaka (Ni dah kali ke-3 aku naik tp aku tak pernah naik time malam..sebelum ni datang petang je.)
Alhamdulillah..akhirnya aku dah harungi cabaran pertama iaitu midterm yg secara rasminya berakhir pada Jumaat lepas (12 Disember 2008). Sekarang aku perlu hadapi cabaran kedua which is assignment yg perlu di hantar seawal minggu dpn dan juga cabaran terakhir final exam pada akhir trimester nanti.
Now aku bebetul harap dapat siapkan assignment yg ade secepat mungkin..iskkk.
Sekian.