Friday, August 29, 2008

23 Tahun masa berlalu..

Semalam secara rasminya aku melangkah ke usia yang baru. Pejam celik pejam celik dah masuk umur 23 tahun. Banyak pengalaman telah aku alami dari tahun ke tahun. Thanks jugak kepada semua yang wish untuk besday aku. Aku harap dapat tempuh masa-masa yang akan datang dengan lebih berwawasan hehe.



28 Ogos 2008

JALAN GOMBAK, 28 Ogos -- Hari ni aku cuti secara rasmi. Sebelum ni kami di beri cuti 4 hari sempena kongres ICA yang berlangsung pada bulan lepas. Hari ni hari aku bercuti untuk kali ketiga jadi tinggal 1 hari lagi cuti yang aku save untuk emergency. Best giler dapat bangun lambat pagi ni. Aku memaksa diri untuk bangun pukul 8.30am tapi aku tetap tak dapat nak bangun. Akhirnye aku berjaya membangunkan diri aku kul 9am. Selepas selesai mandi dan breakfast, aku keluar umah dan niat pertama aku untuk hari ni adelah nak beli CD Photoshop.


Aku tak tau sebenarnye mana nak beli CD software kat KL ni. Dulu senang nak cari sebab kat Bukit Bintang pun berlambak. Tapi member aku pernah beli kat Central Market so aku pun membawa diri ke sana. Aku berjaya melaksanakan objektif pertama aku untuk beli CD Photoshop. Pada 27/8 aku dah book tiket nak tengok movie citer You Don't Mess With The Zohan di TGV Sunway Pyramid. Selepas je beli CD di Central Market kami pun bergerak ke Sunway Pyramid. Show start kul 2pm. Memandangkan tiket dah di book, terpaksa datang sejam lebih awal.


1st aku ingat cerita You Don't Mess With The Zohan ni best setaraf dengan cerita Adam Sandler yang lain..best tapi lepas je abis cerita tu aku rase hampa..walaupun ade babak-babak yang best, lawak tapi ade part-part yang aku tak boleh nak terima sikit-sikit..terasa sikit spoil mood aku nak terus menonton. Aku agak terkejut la cerita tu boleh dapat klasifikasi U. Walaupun banyak scene yang kene potong tapi scene-scene yang terlepas tu aku rase still tak boleh di terima terutamanya untuk kanak-kanak. Paling cikai pun klasifikasi untuk filem ni 18PL.

Poster You Don't Mess With The Zohan


Filem ni mengisahkan Zohan Dvir (Adam Sandler) yang bekerja sebagai Israeli Counter-Terrorist Force yang mempunyai cita-cita sendiri untuk menjadi hair stylist. Di sebabkan Zohan merupakan agen Counter-Terrorist terbaik di Israel, tak mungkin Zohan dapat menukar kerja jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai hair stylist di sebuah hair salon terkemuka di New York City.


Aku tak dapat nak menceritakan dengan lebih panjang lagi sebab masa yang sangat terhad :P. Nak tau dengan lebih lanjut sila ke panggung berdekatan sementara stok filem masih ada.


Sekian.


Monday, August 25, 2008

Salam,

Aku tak berkesempatan nak update blog ni semalam sebab terlalu frust dengan internet connection di rumah makcik aku yang tersangat slow walaupun di gembar-gemburkan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi negara sebagai jalur lebar atau broadband.


22 Ogos 2008

Aku ade plan nak tengok wayang malam nie tapi aku tak pasti nak tengok cerita ape. Aku dapat tau cerita You Don't Mess With The Zohan baru buat premiere show semalam. Aku dapat tau pasal cerita nie dah lama di internet tapi aku tak sure cerita nie dapat masuk ke Malaysia sebab ade sedikit kontroversi. Aku memang teringin sangat nak tengok cerita nie sebab aku memang minat komedi yang di tonjolkan Adam Sandler. Di opis aku cuba nak buat booking tapi bila nak call je mesti engage..bukan sekali dua..ada la 7-8 kali masa tengahari dan petang.

Aku cuba online booking tapi kebanyakannya tinggal 1 seat atau dah penuh. Akhirnya aku give up dan gamble..kalau ade tiket wayang yang still available di kaunter tiket aku beli dan tak kisah la kalau tak dapat tengok wayang pun untuk malam tu.

Kami pun bertolak ke One Utama dan bile sampai je dekat area situ memang jalan agak sesak dan parking pun agak full..susah payah nak cari parking dari tingkat 1 sampai tingkat atas sekali semua dah full. Memang dah boleh agak sebab hari minggu, mesti ramai yang keluar malam. Akhirnya dapat jugak parking, tapi sampai je di GSC betul-betul time sama dengan time show. Queue pulak dah la panjang menjela. Kami terpacak di situ untuk membuat keputusan nak teruskan atau tak jadi nak tengok wayang. Selepas tu aku membuat keputusan nak pegi ke TGV yang terletak di old wing OU. Tiba je kami di sana memang lengang. Ade la beberapa orang yang beli tiket. Nak bandingkan TGV dengan GSC di OU memang GSC lg best memandangkan dia lagi baru. Tapi cerita You Don't Mess With The Zohan takde dalam masa terdekat. Paling awal pun 11.30pm tapi dah terlalu lewat. Aku cuba cari cerita lain yang ade pada mase terdekat dan jumpe la 1 cerita yang aku tak pernah dengar sebelum nie tapi tengok poster nampak macam menarik.

Lagipun aku tertarik pada pelakon-pelakon yang membintangi filem tu sebab ade sorang pelakon yang di minati aku iaitu Reese Witherspoon. Pelakon-pelakon lain termasuklah Christina Ricci dan James McAvoy. Kami pun membuat keputusan nak tengok cerita ni. Takpe la, cerita You Don't Mess With The Zohan boleh tengok lain kali. Takkan la seminggu je boleh abis kan.



Tajuk filem yang kami tonton tu adelah Penelope.

Cerita ni bagi aku agak menarik tapi tak mencapai tahap kepuasan yang aku jangkakan. Maybe orang lain puas hati la kot. Iye la taste untuk movie kan masing-masing. Cerita ni lebih kurang macam fairy tale sebab ade sedikit persamaan dengan cerita fairy tale yang lain. Aku cuba elaborate cerita ni secara ringkas. Penelope (yang di bintangi oleh Christina Ricci) adelah anak perempuan yang pertama di miliki oleh keluarga Wilhern semenjak keluarga Wilhern telah di sumpah oleh ibu kepada pembantu rumah keluarga Wilhern yang telah membunuh diri kerana telah di pregnantkan oleh anak lelaki tuan rumah yang juga seorang bomoh untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya.

Akibat sumpahan itu, anaknya telah dikurung di rumah dan tidak boleh ke dunia luar memandangkan wajahnya yang tidak normal. Sumpahan tersebut hanya boleh di pecahkan jika Penelope berkahwin dengan pemuda dari golongan atasan/bangsawan. Ibu Penelope cuba untuk mencari calon-calon dari golongan tersebut untuk berkahwin dengan anaknya dengan menjemput calon-calon ke rumahnya tetapi takde lelaki yang berminat nak berkahwin kerana wajah anaknya tak normal tu. Di sini, Max (lakonan James McAvoy) buat pertama kalinya berjumpa dengan Penelope tetapi Max bersekongkol dengan wartawan yang mempunyai niat jahat untuk membongkar rahsia Penelope. Akibat tak tahan kerana terpaksa di sorokkan di rumah untuk bertahun-tahun, Penelope nekad untuk melarikan diri dari rumah untuk menikmati dunia luar. Di luar, Penelope bertemu dengan Annie (Reese Witherspoon) di sebuah pub dan menjadi kawan baik kepada Penelope.

Apekah yang terjadi selepas itu..Apekah agaknya sumpahan tersebut..Dapatkah Penelope memecahkan sumpahan ke atas dirinya..kalau nak tau kenelah tengok sendiri.

Aku tak dapat huraikan panjang-panjang nanti spoil kepada sesiapa nak tengok movie nie..tapi aku kurang berpuas hati sebab Reese Witherspoon yang hanya berlakon sebagai pelakon sampingan..Aku mengharapkan dia dapat watak yang lebih berat. Tapi takpelah..overall movie ni ok la.. aku bagi rating 3/5.

Selepas habis menonton wayang dan membuat beberapa perkara selepas tu aku pun meredah jalan raya untuk ke Sg. Besi. Aku terpaksa tido di umah makcik aku di kem Sg. Besi malam tu sebab terpaksa hantar sepupu aku ke kelas tuisyen sabtu pagi dan ahad memandangkan familynye bercuti di Merapoh, Pahang.


23 Ogos 2008

Hari ni nenek aku buat sedikit kenduri dan marhaban di rumahnye. Pagi tu aku hantar sepupu aku ke kelas tuisyen dan selepas mengambil dia balik kami pun terus ke rumah nenek kami. Marhaban start pukul 2.30pm so nasib baik kami sempat sampai thanks to Ford Focus 2.0 milik makcik aku yang agak berkuasa. Kalau tak mesti lambat sampai huhu.

Aku terpaksa balik ke Sg. Besi agak awal sebab sepupu aku ade kelas tuisyen lagi petang tu. Memandangkan aku bawak sekali laptop aku, aku pun nak berinternet di rumahnye. Aku tak pernah lagi connect ke internet dengan 3G/HSDPA. Memandangkan makcik aku ade subscribe Celcom 3G aku pun takde pilihan.

First aku memang teruja nak cuba sebab aku tau teknologi HSDPA memang laju..boleh sampai 3.6 mbps. Selama ni aku asyik pakai TMnet Streamyx je yang aku ingat sucks. Aku sambungkan modem Celcom 3G tu ke laptop aku dan connect. Lepas je connected, ade tertulis connection sekarang adelah HSDPA. Aku bukak je browser aku nak tengok speed, aku terkejut connection sangat slow dan tak stabil. Aku cuba pegi http://www.speedtest.net/, tapi tak dapat nak established dengan testing server. Facebook je amik masa 10 minit nak load, yahoo messenger pun kekadang dc. Aku takleh persalahkan Celcom Broadband time tu sebab maybe tengah problem. Lgpun aku baru je cuba-cuba, takleh terus kondem and takde plak sepupu aku komplen. Tapi takpe la aku main je la internet tu walaupun slow. Lgpun bukan buat ape-ape pun.

Anyway, it was fun.

Sekian.

Wednesday, August 20, 2008

Salam,


Akhirnya aku selamat tiba di umah aku di Karak. Kat sini je la aku dapat mengupdet blog nie sebab di opis banyak keje yang perlu di siapkan untuk projek sistem arkib. Lepas berbunyi je punch card machine aku terus menyusuri jalan raya untuk balik ke sini.


19 Ogos 2008

Selepas aku habis bekerja pada hari nie untuk balik ke umah aku singgah ke workshop untuk membetulkan sistem brek kereta aku. Aku dah lama dah plan nak servis brek sebab nak dekat 6 bulan brek aku berbunyi "screeching" time nak berenti. Aku memang yakin gerenti brek pad dah haus n brek disc mesti dah calar tapi aku takde kesempatan n takde niat nak ke workshop. Seminggu yang lepas aku dah pegi ke workshop yang lain untuk servis brek tapi tak complete sebab duit dalam poket tak cukup nak cover kos repair.

Time tu aku hanya tukar brake pad n brake pump. Aku terpakse tukar brake pump sebab selama nie aku bawak kereta dengan brake pump bocor. Nasib baik still ade grip. Skarang untuk service finale, brake disc aku perlu di skimmed untuk melicinkan balik permukaan brake disc n ganti brek kat tayar belakang sebab dah terlalu nipis.


Brake disc keta yg tgh di skimmed


Nak repair 2-2 benda tue makan masa nak dekat sejam. Time yg paling tak best masa nak bayar..aduii melayang lagi duit aku. Tapi lepas je setel repair aku berpuas hati gak la sebab bunyi yang selama nie yg menyesakkan lubang telinga aku dah akhirnye lesap.

Aku tak dapat nak cerita panjang2 skarang sebab aku nak balik ke KL malam ni jugak. Cauuu.

Sekian.

Tuesday, August 19, 2008

Assalamualaikum n selamat sejahtera,


16 Ogos 2008

Hari nie, Sabtu adelah hari pertunangan opismate aku Miss Liyana dengan atau di kenali ramai sebagai Yana dengan tunangnya En. Naim yang berlangsung di Senawang, N. Sembilan. Lepas bangun aku terus menyiapkan diri aku dan terus bertolak dari umah aku kat Karak. Di Karak highway aku memecut laju sebab aku tak rasa ade speedtrap sebab memang jarang ada. Tapi malangnye nasib aku hari tu ade roadblock polis untuk speed trap. Kenape la time aku bawak slow takde plak speed trap iskkk. Aku perhati makin banyak kereta di tahan ke bahu jalan. Aku makin hampir makin chuaks. Terasa nak gugur jantung aku. Dalam hati jangan la kene saman. Aku taknak duit RM300 aku hangus macam tu je. Sampai giliran aku untuk di check no plate tetiba pakcik polis tu memberi isyarat jalan. Punye la happy aku time tu, aku bawak laju sangat ke sampai polis kat belakang semak tu tak sempat nak tembak kereta aku?. Selepas roadblock polis tu aku terus memecut ke Selayang untuk menjemput Cik Afzan. Yang menumpang kereta aku ade 2 orang je. Selepas mengambil Cik Afzan di rumahnya aku terus memecut ke rumah Azreena di Cheras (kalo tak silap aku la) dan bertolak ke Senawang.


Sampai saja di plaza tol Senawang, kitorang pun terpaksa menunggu Irwan yang sedang memecut Kelisanya di highway. Setelah beliau sampai kitorang pun berkonvoi ke rumah Yana. Cik Afzan sebagai co-pilot aku dengan konfiden menguidekan aku ke rumah Yana. Alhamdulillah kitorang selamat tiba dalam pukul 1 tgh hari lebih.

Semoga pertunangan ini berkekalan

hingga ke jinjang pelamin.


Ketika kitorang nak balik dari majlis pertunangan Yana n Naim, tetiba kitorang terasa nak minum ice blended dari Starbucks. Aku pun nak try rase sebab dah lama tak rasa ice blended Starbucks nie sampai tak ingat rase dia macam mana. Kitorang pun membawa diri ke Seremban Parade sebab itu je Starbucks terdekat dari umah Yana. Aku teringin nak minum sebab nak rase ape yang membuatkan orang rasa sangat berminat dengan ice blended Starbucks terutamanya member yang aku kenal di opis yang sangat terkenal sebagai peminat setia Starbucks.


Kitorang pun pulang ke KL sambil menikmati ice blended tersebut. Selepas menghantar Azreena dan Afzan balik ke umah, aku terus membawa diri balik ke rumah


18 Ogos 2008

Hari nie adelah hari last aku bercuti semenjak Jumaat lepas. Sepatutnye aku ponteng hari selasa nie tapi memandangkan aku tak jadi pegi ke J.B aku merajinkan jugak diri untuk pegi ke opis. Aku baru je nak bertolak balik ke KL petang hari n rupa2 nye family aku pun nak ke KL. Aku bertanya mak aku kenape nak ke KL n mak aku menjawab "Saje je nak jalan2 tengok wayang n dinner". Tanpa segan silu aku pun nak mengikut sekali memandangkan aku tengah free untuk hari tue.


Kitorang berkonvoi menggunakan 2 kereta. Mak, ayah ngan adik aku yg paling kecik naik 1 kereta dan aku sorang2 dalam ferrari merah aku. Jarak dari umah aku ke KL ade la dalam 45 minit. Aku tak tau la sebab ape tapi ayah aku bawak kereta tak macam biasa sebab tetiba hari tu dia bawak laju. Aku pun terpakse memijak pedal minyak ferrari merah aku sedalam mungkin untuk mengejar kereta dia. Untuk pengetahuan korang, bentuk muka bumi Karak highway berbukit-bukit. Enjin ferrari buatan malaysia kereta aku terase semput mencari-cari nafas nak mendaki bukit yang agak curam. Setelah membelah bukit dan melayan corner baring akhirnye alhamdulillah aku dan family selamat tiba di KL.


Akhirnya kitorang decided nak ke Cineleisure dan IKEA di Damansara. Aku tinggalkan kereta aku di parking Terminal LRT Putra Gombak n pergi ke Damansara ngan 1 kereta je. Akhirnya ayah aku wat keputusan nak tengok citer The Mummy n memandangkan aku pun tak tengok lagi citer tu aku pun layankan je.


Ayah aku pun dah wat keputusan nak makan malam di restoran IKEA sebab ade 1 makanan feveret dia iaitu Poached Salmon. Mak n adik aku share makanan n order Swedish Meatballs. Aku pulak time tengah tengok menu, rase terliur nak rasa Swedish Herb Chicken. Untuk pengetahuan am tuan2 dan puan2, IKEA adalah kedai perabot yang berasal dari Sweden n restoran di IKEA nie secara tidak langsung menyediakan makanan dari sana.



Swedish Herb Chicken yg diorder aku.


First impression aku dengan ayam nie rase macam makanan yang sangat berkhasiat (teringat aku dengan Manhattan Fish Market). Aku tengok ade helaian2 hijau yang aku rasa adelah rumput yg di import dari Sweden. Ditambah lagi dengan kentang yg keras dengan carrot. Rasa kuahnye sangat tidak kena dengan tekak aku tapi ayam dia rase sedap pulak. Last2 aku try to buangkan sebanyak mana kuah yg boleh yg ade kat atas ayam tue. Akhirnya aku dapat habiskan ayam tu tapi tak larat nak abiskan kentang ngan carrot. Aku try rasa Poached Salmon ngan Swedish meatballs sikit n rasenye sedikit sedap dari ayam aku walaupun aku rase salmon tu sedikit mentah. Akhirnye, aku decide kalo aku singgah lagi ke restoran nie aku akan try Poached Salmon. Aku secara rasmi ban Swedish Herb Chicken dalam menu hidup aku.



Selepas selesai dinner, kitorang pun menggerakkan diri ke Cineleisure untuk menonton wayang. Tak payah la aku elaborate citer The Mummy nie eh sebab aku tau korang mesti dah tengok lama dah. Tapi aku agak pelik sebab walaupun citer The Mummy nie dah lama keluar tapi still penuh panggung.



Peace out..!.

Tuesday, August 19, 2008

Mukadimah

Selamat datang ke blog pertama aku. Ni first time aku wat blog, jadi kalo ada salah silap atau terkasar bahasa aku mintak maaf dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Sebenarnye dah ramai bertanye "kenapa ko tak nak wat blog sebab dah ramai buat". Aku bukan taknak buat tapi dulu aku fikir, ape2 yang terjadi dalam kehidupan seharian aku tak perlu di gembar-gemburkan dan di kecohkan di internet.

Aku try sehabis boleh nak selalu update blog ni walaupun takde internet connection kat umah (nasib baik kat opis ade internet). Tapi malangnye, timing aku nak start blog nie tak kena masa sebab sekarang supervisor aku di ANM dah bagi 1 projek untuk di siapkan. Ape2 pun aku try untuk luangkan masa untuk blog nie. Anyway terima kasih kerana sudi menyinggah ke laman blog aku yang tak seberapa nie.

Peace out..!