Esok, 1 Oktober 2008. Kite akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Dah hampir 4 minggu aku tak updet blog ni sebab bz yang teramat sangat. Dah tu last week before industrial training ended, blogger kene block plak oleh pihak yg berkenaan.
Aku mohon ampun dan maaf kalau ade yg terguris hati, yg termarah dgn aku. Aku harap dapat mulakan hari-hari baru lepas raya nanti.
Anyway, Selamat Hari Raya kepada semua yg beragama Islam. Jgn lupe kumpul duit raya lebih pada yg still dapat duit raya tu.
Sekian.
The journey of my life
Tuesday, September 30, 2008
Tuesday, September 02, 2008
29 Ogos 2008
Semenjak berminggu-minggu yang lalu aku dah buat plan nak ke Pertandingan Pertunjukan Bunga Api Antarabangsa (MIFC) ke-2 di Putrajaya cuma tak tetapkan masa bila nak pegi. Ade yang buat pertunjukan pada hari biasa dan ade yang buat pada hari minggu. Puas aku memikirkan masa bila yang sesuai nak pegi. Akhirnya aku bercadang nak pegi ke pertunjukan finale pada 29 Ogos 2008. Negara yang buat pertunjukan untuk hari ni tak lain tak bukan pemenang MIFC ke-1, team Australia.
12 Ogos - Team Malaysia
16 Ogos - Team China
20 Ogos - Team Canada
24 Ogos - Team Spain
29 Ogos - Team Australia
Aku bertolak ke Putrajaya dalam pukul 7.40pm dan dalam perjalanan aku mengambik member aku kat rumah dia di Bandar Tasik Selatan. Boring la kalo pegi sorang-sorang. Sampai je di Putrajaya dalam 8.40pm, trafik dah makin sesak terutama nak masuk parking awam tapi nasib baik parking berhampiran PICC banyak lagi yang kosong. Selepas je parking kami pun tunggu la pertunjukan tu nak start.
Takde la ramai sangat orang..so-so je..
PICC
Jambatan Seri Gemilang di mana bunga api akan dilepaskan.
Dalam jadual yang aku tengok di internet tulis show akan bermula dalam pukul 9.30pm tapi start 30 minit lewat. Pukul 10pm baru show start. Show tu berlangsung ade la dalam 30 minit.
Overall memang best la show bunga api ni. Punya la lama, sampai menguap-nguap aku tunggu nak abis huhu. Paling tak best sekali masa nak balik. Semua keta nak keluar serentak. Terpaksa la aku tunggu kat parking tu ade la dalam 20 minit tunggu reda sikit.
Aduihh teruk banget jem nya....
Lepas tu aku ngan member aku pegi gerai dekat area pekan Sg. Besi untuk makan malam. Di sebabkan jem kat Putrajaya dengan jem kat Jalan Pahang (jalan tutup sebab ade kerja nak siapkan flyover) aku sampai kat rumah dalam 1.30am. Masuk rumah je terus terbungkang atas katil. Penat beb.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)