Friday, December 24, 2010

Bali..here I come.



Salam,

Will be heading to Denpasar beginning tomorrow (25-12-2010) until 28-12-2010. Hope it will be a relaxing vacation.

Fadh signing off.

Wednesday, December 22, 2010

New Update

Salam semua,

Lama dah tak update blog ni..dah penuh dengan sawang labah2 :). Last update dulu pun masa bulan Ogos lepas masa hari merdeka. Nak dekat lebih kurang 4 bulan masa berlalu dan banyak liku-liku kehidupan yang dah di tempuhi. Dari hari Malaysia 16 September, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Awal Muharram..semua dah lepas untuk tahun ni. Sekarang ni pun lagi beberapa hari dah nak dekat masuk tahun yang baru, 2011. Ape azam untuk tahun ni? Rasa macam tak perlu set azam dah sebab baik berazam tiap2 hari..tak perlu tunggu setahun sekali. Kalau tak azam tu boleh tahan dalam beberapa bulan je..pastu takde dah hehe. Mungkin bagi orang lain boleh tahan sampai ke akhir tahun.

Life semenjak akhir Ogos, macam biasa..pegi kelas balik kelas..cuma sekarang ni nak sambung wat thesis je. Alang-alang tu boleh kerja cari duit sket..dah lebih kurang 3 bulan kerja alhamdulillah. Thesis tu bley letak tepi kejap :P. Penat jgk keja ni sbb slalu kne balik lambat..sebab dia based on project yang ade dateline so time akhir2 ni memang kne pulun habis-habisan. Harap lps dateline ni bley kurangkan kebizian sket.

Kepada sesapa yg beragama kristian tu saya ucapkan Merry Christmas dan selamat tahun baru pada semua..kut2 tak sempat nak wish kat sini kan..baik wish awal2.

p/s: tgh menulis blog pukul 12.30 tgh malam kat opis..mengantuk sangat..bsk pagi kena datang opis blk isk isk isk.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka~!



Assalamualaikum,

Hari ni genap 53 tahun Malaysia telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Banyak kejayaan yang telah di capai dalam tempoh 53 tahun ni..tapi ada juga unsur-unsur negatif dan peristiwa hitam telah berlaku di dalam negara kita. Mari kita sama-sama doakan agar negara kita akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa yang akan datang.

Tuesday, July 13, 2010

Universiti cemerlang Malaysia 2009

Salam,

Malam semalam tengok berita kat TV3 tak? Kalau tengok mesti perasan ade news mengenai institusi-institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam sistem rating pengajian tinggi Malaysia untuk tahun 2009. Ada 18 institusi-institusi pengajian tinggi yang mendapat tempat di Tier 5 iaitu Cemerlang merangkumi institusi kerajaan dan swasta. Bagaimanapun, takde satu pun institusi yang berjaya mendapat tempat tertinggi pada Tier 6 iaitu terbaik. Terdengar sebutan Universiti Multimedia dari mulut pembaca berita bila dia menyebut institusi yang berada di Tier 5. Tetiba rasa gembira sangat al-maklum pernah menuntut kat sana..rasa macam berbaloi plak aku belajar kat sana. Ye la universiti yang aku penah belajar dulu di beri penghargaan sedemikian.

Ranking institusi di dalam Tier 5 adelah seperti di bawah.


Source: The Star


p/s: sapa cakap blaja kat institusi pengajian tinggi swasta tak berkualiti..prff.

Saturday, May 29, 2010

Facebook untuk umat Islam?



Salam,

Tadi kebetulan saya tengah baca news headlines kat Google News, ternampak 1 petikan berita dari Pakistan. Rasanye semua dah tau kan mengenai ade 1 group di Facebook yang menganjurkan hari melukis gambar Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W yang juga menimbulkan api kemarahan umat Islam seluruh dunia dan paling ketara di Pakistan apabila sebuah mahkamah di Pakistan memerintahkan Internet regulator di sana untuk menyekat akses Internet ke Facebook. Bukan saja Facebook, malah banyak lagi laman web yang di katakan offensive kepada umat Islam termasuklah Youtube.

Petikan berita yang saya baca tadi adelah mengenai sekumpulan 6 orang pakar IT di Pakistan yang berjaya membangunkan laman web social networking ala Facebook khas untuk umat Islam. Tujuan laman web ni di bangunkan sebab nak tunjuk protes pada Facebook yang tak mengambil tindakan tegas ke atas group terbabit. Secara tak langsung, dapat memecah monopoli Facebook (boleh ke pecah?). Tapi tu semua bergantung pada features yang ade kat laman web tersebut.

Dah cuba tengok laman web tu tapi tak register pun. Kalau sesapa nak cuba tengok sila klik link ni http://www.millatfacebook.com/.

Source: AFP